Dalam pengajian Ilmu
Hakikat adalah dilarang sama sekali mendatangi dan juga pengetahuan
ini di sampaikan kepada Ulama Syarii dan adalah di nasihatkan supaya
bertanya, berguru dengan ahli hakikat lagi makrifat lagi
Mursyid.Jangan sesekali kata sesat nescaya sesat itu akan balik pada
diri sendiri yang mengata.!!! Selain
dari cara syariaat dan cara tarikat,terdapat satu lagi untuk
merapatkan hubungan antara hamba dan tuhannya iaitu cara jalan
hakikat.Cara hakikat merupakan cara yang ketiga iaitu satu cara
mendalami ilmu hakikat dengan menyelami dan mengenali diri sendiri,
yang merupakan satu - satu jalan yang di lalui oleh wali - wali Allah,
ariffinbillah dan para - para aulia.
Mereka yang menjalani pengajian ilmu
hakiki ini akan beriktiar dengan tekun dan tabah untuk merapatkan
hubungan dengan dirinya dengan Allah S.W.T.,dengan cara membongkar
menyeliki dan menyaksikan diri sendiri iaitu diri rahsia yang di
tanggung oleh dirinya dan berusaha untuk membentuk dinya menjadi kamil
- mukamil.
Bagi mereka yang ingin melalui cara
hakiki ini adalah di nasihatkan terlebih dahulu melalui cara Tarukat
dan berjaya pula membersihkan dirinya dari dari segala bentuk syirik
"saghir", syirik "khafi" dan dan syirik "jalli." Mereka hendaklah
menjalani perguruan dengan guru - guru hakiki dan makrifat serta
muryid yang mempunyai pengetahuan yang luas serta mencapai pula ke
tahap martabatnya.#Untuk pengetahuan lebih jelas silalah bertanya
dengan guru - guru, makrifat lagi mursyid.
Orang - orang hakiki yang sampai pada
martabatnya bukan saja mulia di sisi Allah malah mendapat pula
kemuliannya di tengah masyarakat. Adalah perlu ditegaskan di sini
matlamat akhir pengajian HAKIKAT adalah untuk megembalikan diri Asal
Mu Mula Allah iaitu pada Zahir dan Batin yakni pada diri zahir dan
diri batin pada martabat kemuliaan insan Kamil mukamil. Tiada sesuatu
pun pada dirinya kecuali Allah semata - mata. Dan balik mu semula
Allah.
Untuk itu pengajian hakikat ini mestilah ada kesinambungan dengan pengajian Makrifat. Sesungguhnya kata hakikat dan makrifat dua perkataan yang tidak boleh di pisahkan.
1.MARTABAT TUJUH
Dalam
memperkatan Alam Tujuh atau Martabat Tujuh ini, ia tidak lepas dari
memperkatakan "Asal Mu Mula Balik Semula Pada Tuhan" Ini di sandarkan
firman Nya yang bermaksud ;
"Innalillah Wa inna ilai-i rajiun."
Jatuh hujunnya Asal Mu Allah Balik Mu semula Allah.
Oleh itu disini dua aspek utama diperkatakan;
1.Asal Kejadian Manusia yang dinyatakan melalui penjelasan pada Martabat Tujuh Atau Martabat Alam Insan.
2. Balik Mu semula Allah iaitu memperkatakan persiapan untuk menyarah
atau mengembalikan Diri rahsia yang di kandung oleh jasad sebagaimana
asalnya suci bersih.
Diri Empunya Diri mentajallikan
dirinya dari satu martabat ke satu martabat atau dari satu alam ke
satu satu alam.Dalam kita memperkatakan alam atau Martabat Tujuh atau
Martabat Alam Insan yang dikenali juga Martabat tujuh, terkandung ia
di dalam Surah Al-Ikhlas di dalam Al Quran iaitu dalam menyatakan
tentang kewujudan Allah yang menjadi diri rahsia kepada manusia itu
sendiri dan memperkatakan pada proses pengujudan Allah untuk diterima
oleh manusia sebagai diri rahsianya.
Proses pemindahan atau Tajalli Zat
Allah S.W.T bermula dari Alam Qaibbul-Quyyub, terbentuk diri zahir dan
diri batin manusia ketika ianya mulai bernafas di dalam kandungan ibu
kemudiannya zahir ke dunia iaitu kerana pada martabat Qaibbul-Guyyub
adalah merupakan martabat manusia yang paling tingggi, suci dan inilah
martabat yang benar-benar di redhai oleh Allah S.W.T.
Diri manusia pada martabat
"Insannul-Kamil" adalah sebatang diri yang suci mutlak pada zahir dan
batin,tiada cacat celanya dengan Allah S.W.T. iaitu Tuan Empunya
Rahsia. Lantaran itu Rasul Allah S.A.W pernah menegaskan dalam
sabdanya;
"bahawa kelahiran seseorang
kanak-kanak itu dalam keadaan yang suci, tetapi yang mencorakkannya
menjadi kotor adalah ibubapanya"
Jadi ibubapalah yang mencorakkan
sehingga kanak-kanak kotor termasuk masyarakatnya, bangsanya dan juga
negaranya bersekali dengan manusia itu sendiri hanyut mengikut
gelombang godaan hidupnya di dunia ini.
Oleh itu adalah menjadi
tanggungjawab seorang manusia yang ingin kembali menuju jalan kesucian
dan makrifat kepada Tuhannya, selayaknyalah dia mengembalikan dirinya
kesuatu tahap yang dikenali "Kamilul-Kamil" atau di namakan tahap
Martabat Alam Insan.
|
Dalam merkatakan tingkatan atau
martabat pentajallian Allah Tuan Yang Empunya Diri yang menjadi rahsia
manusia ianya melalui tujuh tingkatan.Tingkatan tersebut secara
umumnya seperti di bawah.
1.Ahadah -Alam Lahut -Martabat Zat
2.Wahdah-Alam Jabarut - Martabat Sifat
3.Wahdiah-Alam Wahdiah - Martabat Asma
4.Alam Roh-Alam Malakut -Martabat Afaal
5.Alam Misal - Alam Bapa
6.Alam Ijsan- Alam Ibu
7.Alam Insan - Alam Nyata
AL-IKHLAS
1.MARTABAT TUJUH
1.1 ALAM AHDAH
Pada memperkatakan Alam
Qaibull-Quyyub iaitu pada martabat Ahdah di mana belum ada sifat,
belum ada ada asma',belum ada afaal dan belum ada apa-apa lagi iaitu
pada Martabat LA TAKYIN, Zat UlHaki telas menegaskan untuk
memperkenalkan DiriNya dan untuk diberi tanggungjawab ini kepada
manusia dan di tajallikanNya DiriNya dari satu peringkat ke peringkat
sampai zahirnya manusia berbadan rohani dan jasmani.
Adapun Martabat Ahdah ini
terkandung ia di dalam Al-Ikhlas pada ayat pertama
iaitu{QulhuwallahuAhad), iaitu Sa pada Zat semata-mata dan inilah
dinamakan Martabat Zat. Pada martabat ini diri Empunya Diri (Zat
Ulhaki)Tuhan RabbulJalal adalah dengan dia semata-mata iaitu di namakan
juga Diri Sendiri. Tidak ada permulaan dan tiada akhirnya iaitu Wujud
Hakiki Lagi Khodim
Pada masa ini tida sifat,tida Asma
dan tida Afa'al dan tiada apa-apa pun kecuali Zat Mutlak semata-mata
maka berdirilah Zat itu dengan Dia semata-mata dai dalam keadaan ini
dinamakan AINUL KAFFUR dan diri zat dinamakan Ahdah jua atau di
namakan KUNNAH ZAT.
1.2 ALAM WADAH
Alam Wahdah merupakan peringkat
kedua dalam proses pentajalliannya diri Empunya Diri telah
mentajallikan diri ke suatu martabat sifat iaitu "La Tak Yin Sani" -
sabit nyata yang pertama atau disebut juga martabat noktah mutlak
iaitu ada permulaannyan.
Martabat ini di namakan martabat
noktah mutlak atau dipanggil juga Sifat Muhammadiah. Juga pada
menyatakan martabat ini dinamakan martabat ini Martabat Wahdah yang
terkandung ia pada ayat "Allahus Shomad" iaitu tempatnya Zat Allah
tiada terselindung sedikit pun meliputi 7 petala langit dan 7 bumi.
Pada peringkat ini Zat Allah Taala
mulai bersifat. SifatNya itu adalah sifat batin jauh dari Nyata dan
boleh di umpamakan sepohon pokok besar yang subur yang masih di dalam
dalam biji , tetapi ia telah wujud,tdadak nyata, tetapi nyata sebab
itulah ia di namakan Sabit Nyata Pertama martabat La Takyin Awwal
iaitu keadaan nyata tetapi tidak nyata(wujud pada Allah) tetapi tidak
zahir
Maka pada peringkat ini tuan
Empunya Diri tidak lagi Beras'ma dan di peringkat ini terkumpul Zat
Mutlak dan Sifat Batin. Maka di saat ini tidaklah berbau, belum ada
rasa, belum nyata di dalam nyata iaitu di dalam keadaan apa yang di
kenali ROH-ADDHAFI.Pada peringkat ni sebenarnya pada Hakiki
Sifat.(Kesempurnaan Sifat) Zat Al Haq yang di tajallikannya itu telah
sempurna cukup lengkap segala-gala. Ianya terhimpunan dan tersembunyi
di samping telah zahir pada hakikinya.
1.3 ALAM WAHDIAH
Pada peringkat ketiga setelah
tajalli akan dirinya pada peringkat "La takyin Awal", maka Empunya
Diri kepada Diri rahsia manusia ini, mentajallikan pula diriNya ke
satu martabat As'ma yak ini pada martabat segala Nama dan dinamakan
martabat (Muhammad Munfasal) iaitu keadaan terhimpun lagi bercerai -
cerai atau di namakan "Hakikat Insan."
Martabat ini terkandung ia didalam
"Lam yalidd" iaitu Sifat Khodim lagi Baqa, tatkala menilik wujud
Allah. Pada martabat ini keadaan tubuh diri rahsia pada masa ini telah
terhimpun pada hakikinya Zat, Sifat Batin dan Asma Batin. Apa yang
dikatakan berhimpun lagi bercerai-cerai kerana pada peringkat ini
sudah dapat di tentukan bangsa masing - masing tetapi pada masa ini
ianya belum zahir lagi di dalam Ilmu Allah Iaitu dalam keadaan "Ainul
Sabithaah". Ertinya sesuatu keadaan yang tetap dalam rahsia Allah,
belum terzahir, malah untuk mencium baunya pun belum dapat lagi.
Dinamakan juga martabat ini wujud Ardhofi dan martabat wujud Am kerana
wujud di dalam sekelian bangsa dan wujudnya bersandarkan Zat Allah
Dan Ilmu Allah.
Pada peringkat ini juga telah
terbentuk diri rahsia Allah dalam hakiki dalam batin iaitu bolehlah
dikatakan juga roh di dalam roh iaitu pada menyatakan Nyata tetapi
Tetap Tidak Nyata.
1.4 ALAM ROH
Pada peringkat ke empat di dalam
Empunya Diri, Dia menyatakan, mengolahkan diriNya untuk membentuk satu
batang tubuh halus yang dinamaka roh. Jadi pada peringkat ini
dinamakan Martabat Roh pada Alam Roh.Tubuh ini merupakan tubuh batin
hakiki manusia dimana batin ini sudah nyata Zatnya, Sifatnya dan
Afa'alnya.Ianya menjadi sempurna, cukup lengkap seluruh anggota -
anggota batinnya, tida cacat, tiada cela dan keadaan ini dinamakan
(Alam Khorijah) iaitu Nyata lagi zahir pada hakiki daripada Ilmu
Allah. Tubuh ini dinamakan ia "Jisim Latiff" iaitu satu batang tubuh
yang liut lagi halus. Ianya tidak akan mengalami cacat cela dan tidak
mengalami suka, duka, sakit, menangis,asyik dan hancur binasa dan
inilah yang dinamakan "KholidTullah."
Pada martabat ini terkandung ia di
dalam "Walam Yalidd". Dan berdirilah ia dengan diri tajalli Allah dan
hiduplah ia buat selama-lamanya. Inilah yang dinamakan keadaan Tubuh
Hakikat Insan yang mempunyai awal tiada kesudahannya, dialah yang
sebenarnyanya dinamakan Diri Nyata Hakiki Rahsia Allah dalam Diri
Manusia.
1.5 ALAM MISAL
Alam Misal adalah peringkat ke lima
dalam proses pentajallian Empunya Diri dalam menyatakan rahsia
diriNya untuk di tanggung oleh manusia. Untuk menyatakan dirinya Allah
S.W.T., terus menyatakan diriNya melalui diri rahsiaNya dengan lebih
nyata dengan membawa diri rahsiaNya untuk di kandung pula oleh bapa
iaitu dinamakan Alam Misal.
Untuk menjelaskan lagi Alam Misal
ini adalah dimana unsur rohani iaitu diri rahsia Allah belum bercamtum
dengan badan kebendaan. Alam misal jenis ini berada di Alam Malakut.
Ia merupakan peralihan daripada alam Arwah (alam Roh) menuju ke alam
Nasut maka itu dinamakan ia Alam Misal di mana proses peryataan ini
,pengujudan Allah pada martabat ini belum zahir, tetapi Nyata dalam
tidak Nyata.
Diri rahsia Allah pada martabat
Wujud Allah ini mulai di tajallikan kepada ubun - ubun bapa, iaitu
permidahan dari alam roh ke alam Bapa (misal).
Alam Misal ini terkandung ia di
dalam "Walam yakullahu" dalam surah Al-Ikhlas iaitu dalam keadaan
tidak boleh di bagaikan. Dan seterusnya menjadi "DI", "Wadi", "Mani"
yang kemudiannya di salurkan ke satu tempat yang bersekutu di antara
diri rahsia batin (roh) dengan diri kasar Hakiki di dalam tempat yang
dinamakan rahim ibu.Maka terbentuklah apa yang di katakan "Maknikam"
ketika berlakunya bersetubuhan diantara laki-laki dengan perempuan (Ibu
dan Bapa)
Perlu diingat tubuh rahsia pada
masa ini tetap hidup sebagaimana awalnya tetapi di dalam keadaan rupa
yang elok dan tidak binasa dan belum lagi zahir. Dan ia tetap hidup
tidak mengenal ia akan mati.
1.6 ALAM IJSAN
Pada peringkat ke enam, selepas
sahaja rahsia diri Allah pada Alam Misal yang di kandung oleh bapa ,
maka berpindah pula diri rahsia ini melalui "Mani" Bapa ke dalam Rahim
Ibu dan inilah dinamakan Alam Ijsan.
Pada martabat ini dinamakan ia pada
martabat "InssanulKamil" iaitu batang diri rahsia Allah telahpun
diKamilkan dengan kata diri manusia, dan akhirnya ia menjadi
"KamilulKamil". Iaitu menjadi satu pada zahirnya kedua-dua badan
rohani dan jasmani. dan kemudian lahirlah seoarang insan melalui faraj
ibu dan sesungguhnya martabat kanak - kanak yang baru dilahirkan itu
adalah yang paling suci yang dinamakan "InnsanulKamil". Pada martabat
ini terkandung ia di dalam "Kuffuan" iaitu bersekutu dalam keadaan
"KamilulKamil dan nyawa pun di masukkan dalam tubuh manusia.
Selepas cukup tempuhnya dan
ketkanya maka diri rahsia Allah yang menjadi "KamilulKamil" itu di
lahirkan dari perut ibunya, maka di saat ini sampailah ia Martabat
Alam Insan.
1.7 ALAM INSAN
Pada alam ke tujuh iaitu alam Insan
ini terkandung ia di dalam "Ahad" iaitu sa (satu). Di dalam keadaan
ini, maka berkumpullah seluruh proses pengujudan dan peryataan diri
rahsia Allah S.W.T. di dalam tubuh badan Insan yang mulai bernafas dan
di lahirkan ke Alam Maya yang Fana ini. Maka pada alam Insan ini
dapatlah di katakan satu alam yang mengumpul seluruh proses
pentajallian diri rahsia Allah dan pengumpulan seluruh alam-alam yang
di tempuhi dari satu peringkat ke satu peringkat dan dari satu martbat
ke satu martabat.
Oleh kerana ia merupakan satu
perkumpulan seluruh alam - alam lain, maka mulai alam maya yang fana
ini, bermulalah tugas manusia untuk menggembalikan balik diri rahsia
Allah itu kepada Tuan Empunya Diri dan proses penyerahan kembali
rahsia Allah ini hendaklah bermulah dari alam Maya ini lantaran itu
persiapan untuk balik kembali asalnya mula kembali mu semula hendaklah
disegerakan tanpa berlengah - lengah lagi.
********************************#####********#####***********************************
2.TUJUAN MARTABAT ALAM INSAN
1.Ada pun tujuan utama pengkajian dan keyakinan Martabat Alam Insan ini;
2 "bertujuan memahami dan memegang
satu keyakinan Mutlak bahawa diri kita ini sebenar - benarnya bukanlah
diri kita, tetapi kembalikan semula asalnya Tuhan."
3.Dengan kata lain untuk
memperpanjangkan kajian, kita juga dapat mengetahui pada hakikatnya
dari mana asal mula diri kita sebenarnya hinggalah kita zahir di alam
maya ini.
4.Dalam pada itu dapat pula kita mengetahui pada hakikatnya kemana diri kita harus kembali dan:
5.apakah tujuan sebenar diri kita di zahirkan.
3.Dalam memperkatakan Martabat Alam Insan
Dengan memahami Martabat Alam
Insan ini , maka sudah pastilah kita dapat mengetahui bahawa diri kita
ini adalah SifatNya Allah Taala semata-mata. Diri sifat yang di
tajallikan bagi menyatakan SifatNya Sendiri yakni pada Alam saghir dan
Alam Kabir.Dan Allah Taala Memuji DiriNya dengan Asma'Nya Sendiri dan
Allah Taala menguji DiriNya Sendiri dengan Afa'alNya Sendiri.
Dalam memeperkatakan Martabat Alam
Insan kita memperkatakan diri kita sendiri. Diri kita daripada Sifat
Tuhan yang berasal daripada Qaibull-Quyyub (Martabat Ahdah) iaitu pada
martabat Zat hinggalah zahir kita bersifat dengan sifat bangsa
Muhammad. Oleh yang demikian wujud atau zahirnya kita ini bukan
sekali-kali diri kita, tetapi sebenarnyadiri kita ini adalah penyata
kepada diri Tuhan semesta alam semata-mata.
Seperti FirmanNya:
'INNALILLA WAINNA ILAII RAJIUN'
Yang bermaksud; "Sesungguhnya diri mu itu Allah (Tuhan Asal Diri Mu) dan hendaklah kamu pulang menjadi Tuhan kembali".
Setelah mengetahui dan memahami
secara jelas lagi terang bahawa asal kita ini adalah Tuhan pada
Martabat ahdah dan NyataNya kita sebagai SifatNya pada Martabat Alam
Insan dan pada Alam Insan inilah kita memulakan langkah untuk
mensucikan sifat diri kita ini pada martabat Sifat kepada Martabat
Tuhan kembali iaitu asal mula diri kita sendiri atau Martabat Zat.
SEsungguhnya Allah S.W.T diri kita
pada Martabat Ahdah menyatakan diriNya dengan SifatNya Sendiri dan
memuji SifatNya Sendiri dengan AsmaNya Sendiri serta menguji SifatNya
dengan afa'alNya Sendiri. Sesungguhnya tiada sesuatu sebenarnya pada
diri kita kecuali diri Sifat Allah,Tuhan semesta semata - mata.
....Sekian peryataan kuliah ini akan di sambung di lain kali. Walikutubkulubbullah <21/08/2004
**********************************@@@@******************************************
4.PROSES MENGEMBALIKAN DIRI
Dalam proses menyucikan diri dan
mengembalikan rahsia kepada Tuan Empunya Rahsia, maka manusia itu
semestinya mempertingkatkan kesuciannya sampai ke peringkat asal
kejadian rahsia Allah Taala.
Manusia ini sebenarnya mesti
menerokai dan melalui daripada Alam Insan pada nafsu amarah ke
Martabat Zat iaitu nafsu Kamaliah iaitu makam "Izzatul-Ahdah".
Lantaran itulah tugas manusia semestinya mengenal hakikat diri ini
lalu balik untuk mengembalikan amanah Allah S.W.T. tersebut
sebagaimana mula proses penerimaan amanahnya pada peringkat awalnya.
Sesunggunya Allah dalam mengenalkan
diriNya melalui lidah dan hati manusia,maka Dia telah mentajallikan
DiriNya menjadi rahsia kepada diri manusia. Sebagaimana diperkatakan
dalam hadis Qudsi;
"AL INSANUL SIRRUHU WA ANA SIRRUHU"
Maksudnya; "Manusia itu adalah rahsiaKu dan aku adalah rahsia manusia itu sendiri". |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar